Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketibaan pelancong asing di Indonesia menurun pada Jun

    JAKARTA, 3 OGOS – Jumlah pelancong asing yang mengunjungi Indonesia mengalami penurunan pada Jun disebabkan penularan wabak COVID-19 yang masih melanda, lapor agensi berita Xinhua.

    Agensi Pusat Statistik hari ini mengumumkan jumlah kedatangan pelancong asing menurun sebanyak 2.06 peratus kepada 160,300 orang pada Jun.

    “Kesan pandemik pada sektor pelancongan sangat mendalam,” kata ketua agensi itu, Kecuk Suhariyanto pada sidang media. Menurut agensi itu, pada Mei kedatangan pelancong asing meningkat 3.10 peratus kepada 163,650 orang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda