Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi Penerbangan Kedua telah selamat mendarat pada jam 8:23 pagi hari ini.
Ketibaan jemaah haji di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Datin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Datin; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan Datin.
Seramai 250 orang Jemaah Haji termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Perubatan, Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB), dan Pegawai Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

