Saturday, July 12, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketidaktentuan geopolitik, ekonomi dijangka jejas industri penerbangan – IATA

    KUALA LUMPUR, 2 JUN – Ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berterusan memberi risiko paling ketara kepada prospek industri penerbangan, kata Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Willie Walsh.

    Walsh berkata masalah ekonomi seperti tarif dan pertikaian perdagangan yang berpanjangan kekal sebagai ancaman kepada kargo udara serta perjalanan penumpang udara.

    Beliau memberi amaran bahawa ketidakpastian mengenai bagaimana pentadbiran Presiden AS Donald Trump mungkin membentuk semula dasar perdagangan boleh menjejaskan keputusan perniagaan kritikal yang memacu aktiviti ekonomi serta permintaan untuk kargo udara dan perjalanan perniagaan.

    Risiko lain terhadap prospek industri tahun ini termasuk konflik berterusan seperti perang Rusia-Ukraine, perkara berkaitan piawaian global, kelemahan institusi dan perjanjian pelbagai hala dan harga minyak.

    Beliau berkata penyelesaian konflik seperti perang Rusia-Ukraine akan memberi manfaat kepada syarikat penerbangan dengan menyambung semula ekonomi yang tidak berkaitan dan membuka semula ruang udara.

    Beliau berkata fragmentasi piawaian global atau kelemahan institusi dan perjanjian pelbagai hala boleh membawa kos tambahan kepada syarikat penerbangan melalui persekitaran kawal selia yang lebih kompleks atau tidak stabil. – Bernama

    Willie Walsh bercakap semasa sidang akhbar di mesyuarat agung tahunan IATA dan Sidang Kemuncak Pengangkutan Udara Sedunia (WATS) di New Delhi kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda