SYDNEY, 23 APRIL – Ketua ragbi Australia, Raelene Castle telah menyimpan harapan yang tinggi supaya Wallabies dapat bertemu dengan All Blacks hujung tahun ini, menyelamatkan beberapa ujian daripada kalendar sukan antarabangsa yang dilanda koronavirus.
Castle menganggap Ireland dan Fiji berkemungkinan tidak akan menyertai jelajah Australia pada bulan Julai, sementara sekatan perjalanan antarabangsa bermakna perlawanan Kejohanan Ragbi yang akan menampilkan Afrika Selatan dan Argentina masih belum pasti untuk menyertai.
Tetapi dia berkata kedua-dua Australia dan New Zealand telah menikmati kejayaan awal dalam memben-dung COVID-19, meningkatkan prospek perlawanan Piala Bledisloe antara Wallabies dan All Blacks mungkin diteruskan.
“Kami berkemungkinan akan membuka sempadan trans-Tasman dahulu kerana kerajaan kami telah mengambil langkah yang sama dan telah berjaya mengawal keadaan,” Castle memberitahu laman web rasmi.
Ujian Piala Bledisloe telah dirancang sebanyak tiga kali, tiap-tiap satu di Melbourne dan Wellington pada bulan Ogos dan kemudian di Brisbane pada bulan Oktober.
Castle berkata ia mungkin diteruskan meskipun jika ia ditunda.
“Kami lebih suka untuk menganggap kami boleh meneruskan perlawanan tersebut dan mereka mungkin akan melihatnya lagi nanti pada jangka masa bulan Oktober atau November,” katanya.
Castle berkata kejohanan Super Ragbi domestik hingga 12 pusingan boleh mendahului siri Bledisloe.
Mudah-mudahan pertandingan lima atau enam pasukan dalam dan luar yang dapat memberikan sedikit makna untuk menamatkan apa yang kita mulakan pada awal tahun dan benar-benar membuat pemain kembali ke padang,” katanya. – AFP
