FRANKFURT, 1 JUN – Ketua eksekutif Deutsche Gesellschaft für Wertpapiersparen (DWS) meletak jawatan, kata pengurus aset Jerman kelmarin, selepas institusi kewangan itu diserbu oleh pihak pendakwa berhubung dakwaan greenwashing.
Asoka Woehrmann telah meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan DWS dengan keputusan itu berkuat kuasa selepas mesyuarat agung tahunan pengurus aset pada 9 Jun lalu.
Dakwaan terhadap DWS dan Woehrmann secara peribadi telah menjadi beban, kata CEO berkenaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh DWS.
“Woehrmann memainkan peranan utama dalam kejayaan pengurusan aset kami dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Karl von Rohr, presiden Deutsche Bank dan pengerusi lembaga penyeliaan DWS, dalam satu kenyataan.
DWS dimiliki majoriti oleh Deutsche Bank, pemberi pinjaman terbesar di Jerman.
Kedua-dua institusi kewangan telah diserbu kelmarin oleh pendakwa raya Jerman berhubung dakwaan DWS terlibat dalam greenwashing, memasarkan produk pelaburannya sebagai ‘lebih baharu’ daripada yang sebenarnya.
Penyiasat telah menemui petunjuk yang mencukupi yang ‘bertentangan dengan kenyataan dalam prospek jualan dana DWS, faktor ESG (persekitaran, sosial dan pentadbiran) sebenarnya hanya diambil kira dalam minoriti pelaburan’, kata mereka.
Woehrmann akan digantikan di DWS oleh Stefan Hoops, yang kini ketua operasi perbankan korporat Deutsche Bank. – AFP
