Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ketua EU cadang baik pulih pasaran elektrik

    BRUSSELS, 14 SEPT – Pegawai tertinggi Kesatuan Eropah (EU) hari ini mengumumkan rancangan untuk mengehadkan syarikat elektrik yang memperoleh keuntungan luar biasa disebabkan peperangan di Ukraine serta perubahan iklim, berkata cadangan itu mungkin mengumpul AS$140 bilion untuk membantu orang yang terjejas oleh harga elektrik yang meningkat.

    “Syarikat berkenaan meraih keuntungan yang tidak pernah diimpikan mereka,” beritahu Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen kepada penggubal undang-undang EU di Strasbourg, Perancis.

    “Dalam ekonomi pasaran sosial kami, keuntungan boleh diterima, ia sesuatu yang baik. Namun dalam keadaan sekarang, adalah salah menerima pendapatan luar biasa dan hasil diperoleh daripada peperangan di sebalik pengguna terjejas. Dalam masa ini, keuntungan mesti dikongsi dan disalurkan kepada mereka yang paling memerlukannya,” kata beliau.

    “Cadangan kami akan mengumpul lebih AS$140 bilion untuk negara anggota bertujuan melindungi kesan secara langsung,” kata von der Leyen dalam ucapan kepada perhimpunan EU.

    Dengan musim sejuk bakal menjelang, 27 negara anggota EU sedang bergelut untuk membendung krisis tenaga yang mungkin membawa kepada bekalan elektrik terputus, penutupan kilang dan kemelesetan teruk. Rusia telah pun memutuskan bekalan gas sebahagian atau sepenuhnya ke 13 negara anggota.

    Menurut pakar, Eropah juga dilanda kemarau paling teruk dalam 500 tahun.

    Von der Leyen juga berkata pasaran elektrik blok 27 negara itu mesti dibaik pulih untuk mengatasi krisis kenaikan harga minyak yang menjejas perniagaan dan keluarga Eropah. – AP

    Ursula von der Leyen ketika bercakap mengenai Ukraine di Parlimen Eropah di Strasbourg, timur Perancis kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...