Saturday, November 16, 2024
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua EU gesa pengeluaran semikonduktor Eropah ditingkatkan

    DRESDEN, 2 MEI – Eropah mesti meningkatkan pengeluaran besar-besaran semikonduktor penting berikutan risiko geopolitik yang semakin teruk di pusat pembuatan cip Asia, kata presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, hari ini.

    Beliau membuat komen tersebut ketika majlis pecah tanah kilang cip lima bilion euro (AS$5.5 bilion) di Dresden, antara siri projek semikonduktor baharu di Jerman.

    EU sedang berlumba-lumba untuk mengurangkan kebergantungan kepada semikonduktor yang dihasilkan di Asia, dan bulan lalu mencapai perjanjian yang bertujuan untuk menggandakan bahagian pasaran global blok itu kepada 20 peratus pada 2030 dan menggerakkan pelaburan besar-besaran.

    Ursula berkata Eropah adalah rumah kepada banyak syarikat terkemuka dalam sektor cip tetapi gagal menjadikan pengeluaran semikonduktor sebagai keutamaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Tumpuan global semasa pengeluaran cip adalah di Taiwan dan Korea Selatan, kawasan yang terdedah kepada ketegangan yang tinggi, tambahnya.

    “Sebarang gangguan perdagangan akan segera menjejaskan pangkalan perindustrian Eropah yang kukuh dan pasaran dalaman kami yang kukuh,” katanya. – AFP

    Ursula ketika menghadiri majlis pecah tanah pengeluar semikonduktor Jerman, Infineon Technologies AG di kilang syarikat itu di Dresden, timur Jerman, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda