MOSCOW, 22 MAC – Seorang ketua kumpulan bersenjata Haiti terbunuh dalam pertempuran dengan polis di pinggir bandar ibu negara Port-au-Prince kelmarin, lapor Sputnik.
Akhbar Haiti, Le Nouvelliste melaporkan gambar mayat ketua geng Delmas 95, Ti Greg itu kemudiannya tular di media sosial.
Suspek melarikan diri dari penjara utama negara itu pada awal Mac selepas kemudahan berkenaan diserang oleh kumpulan bersenjata.
Pada 29 Februari, keganasan kumpulan bersenjata meletus di pusat bandar Port-au-Prince semasa Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry sedang melawat Kenya dalam usaha mereka menghalang kepulangan pemimpin itu. – Bernama
