Friday, February 7, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua Hakim Syarie terima kunjungan hormat

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Ketua Hakim Syarie Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Arif/Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, pagi tadi, menerima kunjungan hormat daripada delegasi seramai empat orang dari Universiti Imam Muhammad bin Saud, Riyadh, Arab Saudi yang berlangsung di Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-mahkamah Syariah.

    Delegasi berkenaan diketuai oleh Timbalan Dekan Institut Tertinggi Kehakiman, Universiti Imam Muhammad Bin Saud, Riyadh, Dr. Abdullah bin Abdul Aziz Al-Gamlas.

    Turut hadir semasa kunjungan itu ialah Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Arif/Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin serta pegawai-pegawai kanan mahkamah. Delegasi berkenaan turut diiringi bersama oleh Charge D’ Affaires (Timbalan Ketua Perwakilan), Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam, Hussain Mohammed M. Al-Dajani.

    Semasa kunjungan tersebut, delegasi berkesempatan mendengar taklimat dan menyaksikan kemudahan yang terdapat di mahkamah Syariah serta menyaksikan galeri pameran yang terdapat di bangunan tersebut.

    Yang Arif/Yang Dimuliakan Pehin Haji Awang Suhaili dan Yang Amat Arif/Yang Berhormat Pehin Haji Awang Salim menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Imam Muhammad bin Saud, Riyadh.
    Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah, Haji Hassan bin Haji Metali mengiringi delegasi dari Arab Saudi menyaksikan pameran galeri di mahkamah berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda