TEHRAN, 26 MAC – Ketua Hamas, Ismail Haniyeh berada di Tehran hari ini untuk berbincang dengan pegawai Iran, lapor media kerajaan, sehari selepas Majlis Keselamatan PBB menggesa gencatan senjata dalam perang antara kumpulan itu dengan Israel.
“Ketua biro Hamas, Ismail Haniyeh, semasa lawatannya ke Tehran pada Selasa, akan bertemu dengan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian,” kata agensi berita Iran, IRNA, sambil menambah beliau juga akan bertemu dengan pegawai kanan lain.
Ini merupakan lawatan kedua pemimpin Hamas itu ke Tehran sejak kumpulan yang disokong Iran itu melancarkan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel pada 7 Oktober yang mengakibatkan kematian kira-kira 1,160 orang, kebanyakannya orang awam. – AFP