Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua IS akui tewas di Syria

    BAGHDAD, 30 April – Ketua kumpulan Islam IS yang sukar ditangkap, Abu Bakr al-Baghdadi membuat kemunculan pertamanya dalam tempoh lima tahun dalam video propaganda yang dikeluarkan semalam, dengan mengakui kekalahan IS di bandar Baghouz, Syria, sementara mengancam serangan ‘membalas dendam”

    Lelaki yang paling dikehendaki di dunia itu kali terakhir dilihat berada di Mosul pada tahun 2014, dalam mengumumkan kelahiran ‘khalifah’ IS yang paling digeruni di seluruh Iraq dan Syria, dan tampak hampir mewujudkan ‘separa-negeri’.

    Dalam video yang dikeluarkan oleh anggota media Al-Furqan, IS, lelaki dikatakan Baghdadi itu merujuk kepada pertempuran berbulan-bulan bagi benteng terakhir IS, iaitu Baghouz, yang berakhir dalam bulan Mac.

    “Perjuangan untuk Baghouz telah berakhir,” katanya, sambil duduk bersilang di atas kusyen dan bercakap kepada tiga lelaki yang wajahnya mereka telah dikaburkan.

    Dia merujuk kepada siri-siri kekalahan IS, termasuklah kekalahan di bandar Mosul, Iraq dan Sirte di Libya tetapi menegaskan para pejuang jihad tidak ‘’menyerahkan’ wilayah itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda