Thursday, October 17, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua junta Myanmar akan adakan lawatan ke China

    YANGON, 16 OKT – Ketua junta Myanmar, Min Aung Hlaing, akan mengadakan lawatan ke China bulan depan, dua sumber yang rapat dengan tentera memberitahu AFP hari ini, di mana ia merupakan lawatan pertamanya ke negara itu sejak mengetuai rampasan kuasa pada 2021.

    “Min Aung Hlaing bercadang untuk pergi ke China November depan.. lawatan itu telah dirancang sejak Menteri Luar China, Wang Yi, melawat Myanmar Ogos lalu,” kata sumber yang rapat dengan tentera.

    “Min Aung Hlaing akan melawat China bulan depan,” kata sumber lain.

    Kedua-dua sumber tersebut enggan mendedahkan identitinya untuk bercakap dengan media.

    Bagaimanapun, AFP telah menghubungi kedutaan China di Yangon untuk mendapatkan komen.

    Beijing ialah sekutu utama dan pembekal senjata junta di peringkat antarabangsa yang sedang memerangi lawan di seluruh negara berikutan rampasan kuasanya pada 2021.

    Penganalisis berkata Beijing juga mengekalkan hubungan dengan kum-pulan bersenjata etnik Myanmar yang memegang wilayah berhampiran sempadannya. – AFP

    Gambar menunjukkan Min Aung Hlaing semasa menyampaikan ucapan video pada 15 Oktober di Naypyitaw, Myanmar. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda