Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua jurulatih Nets dipecat

    NEW YORK, 20 FEB – Jacque Vaughn dipecat sebagai ketua jurulatih NBA Brooklyn Nets kelmarin selepas permulaan 21-33 untuk kempen semasa, pasukan itu mengumumkan.

    Nets berada di tempat ke-11 dalam Eastern Conference, dua setengah perlawanan di belakang Atlanta untuk melayakkan diri bermain dalam pusingan kalah mati.

    Vaughn, yang mempunyai tempoh singkat sebagai jurulatih Nets pada 2020, menggantikan Steve Nash pada November 2022 dan mencatatkan rekod menang-kalah 71-68 semasa membimbing Nets selama tiga musim.

    Pemecatannya berlaku setahun selepas menandatangani kontrak lanjutan dengan Nets.

    “Ini adalah keputusan yang amat sukar, tetapi kami rasa ini adalah yang terbaik demi kepentingan pasukan pada masa hadapan,” kata Pengurus Besar Nets, Sean Marks.

    “Jacque telah mewakili organisasi ini dengan watak dan kelas yang boleh dicontohi sejak lapan tahun yang lalu. Sifat positif dan semangat konsisten yang dicurahkannya ke dalam pasukan setiap hari akan kekal bersama pemain dan kakitangan yang berinteraksi dengannya sepanjang tempoh perkhidmatannya.”

    Nets tidak mengumumkan siapa yang akan melatih skuad itu sepanjang baki musim ini. – AFP

    Reaksi Vaughn semasa perlawanan menentang Golden State Warriors pada 5 Februari di New York. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda