Ketua keselamatan mula disoal siasat

HONG KONG, 19 JUN – Ahli-ahli perundangan Hong Kong bertemu hari ini buat pertama kalinya sejak bantahan antikerajaan terbesar dalam sejarah bandar itu, dengan ramai pembangkang perundangan membidas cara pentadbiran pro-Beijing mengendalikan krisis tersebut.

Hong Kong telah digoncangkan dengan siri tunjuk perasaan besar-besaran ke atas undang-undang yang dicadangkan yang akan membenarkan ekstradisi ke tanah besar China dan pasukan polis bandar itu telah dikritik kerana menggunakan kekerasan berlebihan untuk menyuraikan para pembantah.

Dalam sesi tegang itu, para pembangkang perundangan menyoal siasat ketua keselamatan Hong Kong, John Lee berhubung pertuduhan kekejaman polis semasa pertempuran sekali-skala dengan para pembantah bulan ini.

Kebanyakan ahli pro-demokrasi bagi Majlis Perundangan memakai hitam dan membawa bunga kekwa sebagai penghormatan kepada seorang lelaki yang terkorban semasa membantah undang-undang itu.

“Kami sedih beberapa orang cedera semasa menyatakan pandangan mereka,” kata Lee, ketika dia mengulang permohonan maaf kerajaan bagi pergolakan yang dicetuskan oleh undang-undang itu.

Katanya, polis bertindak atas ancaman daripada para pembantah, namun pembangkang perundangan mencemuh komennya.

“Polis sangat terlatih dan anda mempunyai semua peralatan dan anda kata polis berdepan ancaman,” kata ahli perundangan pro-demokrasi, Claudia Mo.

“Perkara itu benar-benar tidak meyakinkan.”

Pembangkang perundangan dijangka akan memperkenalkan usul tidak yakin bukan terikat hari ini ke atas ketua eksekutif pro-Beijing, Carrie Lam, namun ia dijangka tidak akan diluluskan dalam badan tersebut yang didominasi oleh kemnya. – AFP

John Lee bercakap kepada jurnalis pada akhir sesi pertama Majlis Perundangan di Hong Kong pada 19 Jun selepas bantahan besar-besaran. – AFP