Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Ketua-ketua teknologi berdepan ancaman penjara

    LONDON, 18 MAC – Ketua-ketua syarikat teknologi berdepan pendakwaan jenayah jika gagal mematuhi cadangan peraturan Britain yang bertujuan memastikan orang ramai selamat dalam talian, kata kerajaan United Kingdom (UK) kelmarin ketika ia mendedahkan draf undang-undang di Parlimen.

    Rang undang-undang keselamatan dalam talian yang bercita-cita tinggi tetapi kontroversial akan memberi pengawal selia kuasa yang luas untuk membanteras syarikat media digital dan sosial seperti Google, Facebook, Twitter dan TikTok.

    Pihak berkuasa di UK adalah barisan hadapan pergerakan global untuk mengekang kuasa platform teknologi dan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap bahan berbahaya seperti penderaan seks kanak-kanak, kandungan perkauman, buli, penipuan dan bahan berbahaya lain yang berleluasa di platform mereka. Usaha serupa sedang dijalankan di Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

    Walaupun internet telah mengubah kehidupan orang ramai, “firma teknologi tidak dipertanggungjawabkan apabila bahaya, penderaan dan tingkah laku jenayah telah menimbulkan rusuhan di platform mereka,” kata Setiausaha Digital UK, Nadine Dorries dalam satu kenyataan. “Jika kami gagal bertindak, ia berisiko mengorbankan kesejahteraan dan kesucian generasi kanak-kanak kepada kuasa algoritma yang tidak disemak.”

    Rang undang-undang itu menghadapi perbahasan di Parlimen, di mana ia boleh dipinda sebelum penggubal undang-undang mengundi untuk meluluskannya sebagai undang-undang. – AP

    Ketua-ketua di syarikat teknologi berdepan hukuman penjara dua tahun jika gagal mematuhi undang-undang baharu Britain yang memastikan keselamatan dalam talian bagi pengguna internet. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...