Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Ketua menteri nafi DUN Sabah dibubarkan serentak dengan parlimen

    SANDAKAN, 25 SEPT – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menafikan khabar angin kononnya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibuat serentak dengan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

    Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata DUN Sabah masih mempunyai tiga tahun untuk berkhidmat secara penuh, dan kerajaan negeri di bawah GRS dan Barisan Nasional (BN) berikrar untuk bekerjasama membangunkan Sabah dan membawa kemajuan kepada rakyat.

    “Kita mesti belajar daripada kesilapan politik lepas. Cukuplah, kita tidak perlu berpuak-puak dan berpecah-belah lagi. Kali ini kita berharap dapat bekerjasama dengan sebaik mungkin dan memajukan Sabah selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya,” katanya dalam kenyataan sempena Jelajah GRS Batu Sapi di sini hari ini.

    Pada 11 Sept lepas, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berkata tiada kemungkinan DUN dibubarkan untuk PRU15. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Haji Noor (Tengah) bersama kepimpinan parti dalam gabungan GRS melaungkan kata-kata semangat selepas merasmikan Jelajah GRS Perlimen Batu Sepi, kelmarin. Beliau menafikan khabar angin kononnya pembubaran DUN akan dibuat serentak dengan Parlimen. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...