Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua Menteri New Delhi letak jawatan

    NEW DELHI, 15 SEPT – Salah seorang tokoh utama pembangkang di India dan ketua menteri New Delhi berkata beliau akan meletakkan jawatan hari ini, dua hari selepas beliau dibebaskan dengan ikat jamin dalam kes rasuah.
     
    Arvind Kejriwal, seorang pengkritik tegas Perdana Menteri Narendra Modi, telah ditangkap hampir enam bulan lalu menjelang pilihan raya negara atas tuduhan menerima rasuah daripada pengedar minuman keras. Mahkamah tertinggi India membebaskannya dengan ikat jamin pada Jumaat lalu.
     
    Kejriwal secara konsisten menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai konspirasi politik.
     
    “Hari ini saya datang untuk bertanya kepada orang ramai sama ada awda menganggap Kejriwal seorang yang jujur ​​atau seorang penjenayah,” katanya dalam ucapan umum hari ini di ibu pejabat Parti Aam Aadmi, yang mentadbir New Delhi. “Saya akan meletakkan jawatan ketua menteri dua hari dari hari ini.”
     
    Kejriwal berkata partinya – sebahagian daripada pakatan luas parti pembangkang yang dipanggil INDIA dan merupakan pencabar utama kepada parti nasionalis Hindu pimpinan Modi, Bharatiya Janata Party pada pilihan raya Jun – akan mengadakan mesyuarat kemudian untuk memutuskan siapa yang akan mengambil alih jawatannya.
     
    Beliau juga menuntut agar pilihan raya New Delhi, yang dijadualkan pada Februari tahun depan, diadakan pada November. – AP
     
    Kejriwal bercakap kepada pengikutnya semasa hujan ketika dia keluar dari penjara Tihar di New Delhi, India, pada 13 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda