Monday, July 14, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua militan dikehendaki terbunuh

    PESHAWAR, PAKISTAN, 29 JAN – Seorang pemimpin militan dari Pakistan yang didakwa menyalurkan bantuan wang sebanyak AS$3 juta dalam kegiatan pengganas, terbunuh selepas bom tepi jalan meletup di kejiranan Afghanistan bersama dua rakannya, kata seorang pegawai Afghanistan, hari ini.

    Komandan, Manghal Bagh, mengetuai kumpulan militan Lashkar-e-Islam yang telah disenaraihitamkan oleh pihak berkuasa.

    Kumpulan itu sering menyasarkan tentera Pakistan di barat laut negara itu yang bersempadan dengan Afghanistan hingga pertengahan tahun 2010, ketika Pakistan ‘membersihkan’ wilayah itu daripada militan.

    Bagh ketika itu masih dalam pemburuan tentera sehingga dia terbunuh kelmarin di wilayah Nangarhar timur Afghanistan, yang diumumkan oleh gabenor wilayah Ziaulhaq Amarkhil dalam satu kenyataan ringkas di Twitter.

    Amarkhil tidak menyatakan siapa yang bertanggungjawab atas letupan bom di tepi jalan yang membunuh Bagh dan dua rakannya, tetapi mengatakan pemimpin militan itu terlibat dalam serangan di Afghanistan.

    Washington mengumumkan Bagh telah menyalurkan bantuan kewa-ngan dalam kegiatan pengganas pada 2018. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda