BERLIN, 5 NOV – Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO, Mark Rutte, yakin bahawa Amerika Syarikat (AS) akan kekal dalam perikatan pertahanan itu walaupun Donald Trump menjadi presiden ke-47 negara, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Dalam satu temu bual bersama penyiar awam Jerman, ZDF, pada petang kelmarin, Rutte menyuarakan keyakinannya bahawa AS dan calon presiden, Donald Trump serta Kamala Harris berdiri teguh di belakang NATO.
Temu bual itu berlangsung ketika pengundi AS akan memilih presiden baharu hari ini.
Rutte menegaskan bahawa kedua-dua parti Republikan dan Demokrat memahami bahawa NATO bukan sahaja penting untuk keselamatan Eropah, tetapi juga untuk keselamatan AS, sambil menambah bahawa setiap presiden harus memastikan keselamatan negara mereka terjamin. – Bernama