LAUSANNE, 28 MEI – Ketua Sukan Olimpik, Thomas Bach kelmarin mengadakan siri perbincangan dengan ahli jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa mengenai potensi kesan pandemik koronavirus yang telah menunda Sukan Tokyo ke tahun 2021, menurut sumber.
Bach yang akan memberi ucapan kepada 100 orang anggota IOC dalam tiga sesi berbeza ditentukan oleh bahasa dan zon waktu setempat.
“IOC hari ini akan mengadakan satu siri perundingan dengan anggota IOC untuk mendengar dari pihaknya mengenai persiapan yang dilakukan oleh lembaga eksekutif IOC dalam perjumpaan pada 10 Jun 2020,” menurut kenyataan IOC kelmarin.
Tujuan Bach adalah untuk menyampaikan pandangan anggota mengenai ‘bagaimana menangani kesan pandemik koronavirus,” satu sumber memberitahu AFP.
Presiden IOC mahu mendengar ‘pendapat, idea dan pengalaman semua anggota-anggota dari seluruh dunia,” tambahnya.
Sementara Bach memberi ucapan kepada semua anggota Olimpik pada 24 Mac ketika mengumumkan penangguhan Sukan Tokyo, ini adalah pertama kalinya sejak wabak COVID-19, beliau secara khusus berunding dengan anggota IOC.
Tindakan Bach disokong oleh pengarah eksekutif Sukan, Christophe Dubi, pengarah sukan IOC, Kit McConnell, pengarah awam IOC, Christope De Kepper dan ketua pegawai operasi, Lana Haddad. Pengarah perubatan dan saintifik IOC, Richard Budgett, turut mengambil kesempatan untuk membincangkan ‘isu vaksinasi’, menurut sumber kedua.
Bach memberi amaran minggu, 2021 adalah ‘pilihan terakhir’ untuk mengadakan Sukan Olimpik Tokyo yang ditunda, menekankan pe-nangguhan tidak boleh diteruskan. – AFP
