BAGHDAD, 31 Ogos – Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi semalam mengumumkan pemecatan ketua pasukan paramilitari Hashed al-Shaabi, yang pernah memainkan peranan penting dalam menewaskan kumpulan militan Daesh.
Al-Abadi dalam satu kenyataan menyelar pemimpinnya, Falih Alfayyadh kerana dikatakan terbabit dalam hal berkaitan politik partisan.
Ia bertentangan dengan peraturan pengecualian yang tertakluk ke atas anggota pasukan keselamatan dan anggota perisikan.
Alfayyadh, 62 turut disingkirkan daripada jawatannya sebagai penasihat keselamatan negara.
Walaupun turut tersenarai sebagai calon pilihan raya yang dijangka berlangsung Mei depan, Al-Abadi mengesyaki Alfayyadh melakukan rundingan rahsia dengan pesaingnya Hadi al-Ameri ketika perbincangan pasca pilihan raya sedang dijalankan.
Pasukan bantuan Hashed al-Shaabi diwujudkan oleh kerajaan pada 2014. Ia dicetuskan pemimpin komuniti Syiah, Ayatollah Ali Sistani untuk membantu memerangi militan Daesh. – AFP