Sunday, April 13, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua Parti Demokratik Korea Selatan letak jawatan

    SEOUL, 9 APRIL – Ketua Parti Demokratik (DP) Korea Selatan, Lee Jae Myung, meletak jawatan sebagai pengerusi parti hari ini, untuk bertanding dalam pilihan raya presiden pada 3 Jun ini, susulan pemecatan bekas Presiden Yoon Suk Yeol, lapor agensi berita Yonhap.

    Lee, yang dianggap antara calon utama dan paling berpengaruh dalam pilihan raya presiden itu, mengumumkan keputusan tersebut, dengan parti terbesar negara itu dijangka akan menyaksikan Lee mengumumkan pencalonannya seawal Khamis.

    Lee dilihat sebagai calon utama dalam pilihan raya itu, meskipun berdepan beberapa skandal, termasuk skandal pembangunan tanah di Seongnam, selatan Seoul.

    Pada 2022, beliau memenangi jawatan pengerusi DP selepas tewas tipis kepada Yoon dalam pilihan raya presiden. – Bernama

    Lee Jae-myung, tengah, ketua Parti Demokratik yang merupakan parti pembangkang utama Korea Selatan, tiba di mahkamah di Seoul, Korea Selatan, pada 26 Mac 2025. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda