Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Ketua PBB desak hapus diskriminasi kaum

    NEW YORK, 22 MAC – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres kelmarin menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan menangani isu perkauman dan menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum.

    Guterres membuat kenyataan itu semasa berucap pada Perhimpunan Agung PBB sempena Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum pada 21 Mac, lapor Xinhua.

    Diskriminasi kaum adalah antara elemen yang paling merosakkan dan memecahbelahkan masyarakat, bertanggungjawab terhadap kematian dan penderitaan secara besar-besaran, katanya.

    Guterres berkata diskriminasi kaum dan warisan kepada perhambaan serta penjajahan terus merosakkan kehidupan, meminggirkan komuniti dan mengehadkan peluang, menghalang berbilion orang daripada mencapai potensi penuh mereka.

    “Xenofobia, prasangka dan ucapan kebencian semakin meningkat,” kata Guterres.

    Beliau menegaskan bahawa selepas peningkatan kesedaran global terhadap perkauman, beberapa negara mengalami tindak balas yang tegas terhadap dasar dan amalan anti-perkauman.

    Ketua PBB itu juga menekankan keperluan untuk menangani isu perkauman dalam era digital, sambil menyatakan bahawa pengaruh ketuanan kulit putih mendapat manfaat daripada isu perkauman di platform media sosial, dan algoritma kecerdasan buatan menguatkan dan mendigitalkan diskriminasi kaum. “Kita perlu menentang trend ini secara tegas dan mengutuk serta menghapuskan diskriminasi kaum dalam semua bentuk. 

    “Kita mesti mengambil tindakan menangani isu berkenaan di mana sahaja dan pada bila-bila masa, termasuk melalui saluran undang-undang,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...