PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Pandemik COVID-19 telah menyebabkan gangguan terbesar dalam pendidikan dalam sejarah dan penutupan sekolah yang berpanjangan dapat meningkatkan lagi ketidaksamaan dalam akses pembelajaran, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Antonio Guterres baru-baru ini, menekankan perlunya “langkah berani” untuk mengatasi krisis. Menggambarkan pendidikan sebagai “kunci untuk pengembangan peribadi dan masa depan masyarakat,” beliau