Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua PBB gesa dunia tangani isu perubahan iklim

    PARIS, 30 OKT – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa dunia hari ini supaya ‘menghentikan kegilaan’ perubahan iklim ketika beliau melawat kawasan Himalaya, yang bergelut daripada pencairan glasier yang cepat dan menyaksikan kesan buruk fenomena itu.

    “Bumbung dunia sedang runtuh,” kata Guterres, semasa lawatan ke rantau Everest di pergunungan Nepal, sambil menambah negara itu telah kehilangan hampir satu pertiga daripada aisnya dalam tempoh lebih tiga dekad.

    “Glasier ialah takungan berais.. yang terdapat di Himalaya ini membekalkan air tawar kepada lebih satu bilion orang,” katanya. ‘Apabila glasier menyusut, begitu juga aliran sungai’.

    Glasier Nepal mencairkan 65 peratus lebih cepat dalam dekad lalu berbanding dekad sebelumnya, kata Guterres, yang sedang dalam lawatan empat hari ke Nepal.

    Glasier di banjaran Himalaya dan Hindu Kush yang lebih luas merupakan sumber air penting untuk kira-kira 240 juta orang di kawasan pergunungan, serta 1.65 bilion orang lagi di lembah sungai Asia Selatan dan Asia Tenggara.

    Glasier menyumbang kepada 10 sistem sungai yang penting di dunia, termasuk Ganges, Indus, Kuning, Mekong dan Irrawaddy, serta secara langsung atau tidak langsung membekalkan makanan, tenaga, udara bersih dan pendapatan kepada berbilion orang. – AFP

    Antonio Guterres melawat Syangboche di wilayah Everest di daerah Solukhumbu kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda