Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua PBB ikrar terus sokong tentera DR Congo

    BENI, DR CONGO, 1 SEPT – Ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres hari ini berikrar akan meneruskan sokongan bagi Republik Demokratik Congo yang bergelut dengan penderitaan berganda iaitu keganasan militia dan epidemik Ebola.

    Mengunjungi Beni di timur negara itu, setiausaha agung itu berkata misi pengaman PBB, MONUSCO, tentera Congo dan polis negara akan terus bekerjasama untuk memulihkan perdamaian dan keselamatan di rantau itu.

    “Kami akan melakukan apa saja untuk menamatkan penderitaan yang tidak selamat ini.”

    Kerajaan menyalahkan keganasan di sebahagian tempat ke atas kumpulan ADF yang muncul di barat Uganda.

    Namun militia dan kumpulan bersenjata lain – kira-kira 130 merantau ke wilayah utara dan selatan Kivu DR Congo, negara luas bersaiz barat benua Eropah.

    Keganasan itu telah meragut ratusan jiwa orang awam dan penduduk Beni kadangkala menuduh tentera PBB tidak mengambil tindakan ke atas ADF.

    “Ia adalah sangat penting penduduk Beni tahu yang kita telah mendengar suara penderitaan mereka,” kata ketua PBB hari ini.

    Tambahnya lagi: “Respons terbaik menangani pengganasan dan keganasan adalah pembangunan.”

    PBB mempunyai salah satu misi pengaman terbesar di DR Congo dengan kira-kira 16,000 tentera dengan bajet tahunan lebih AS$1 bilion. – AFP

    Antonio Guterres (kiri) tiba di Beni pada hari kedua lawatannya ke DR Congo pada 1 September. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda