Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua PBB puji pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari Jepun

    NEW YORK, 13 OKT – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres baru-baru ini mengucapkan tahniah kepada pertubuhan terkemuka Jepun yang mewakili mangsa bom atom atas kemenangan mereka dalam Hadiah Nobel Keamanan, memuji mereka sebagai tulang belakang pergerakan global untuk perlucutan senjata nuklear.

    Dalam satu kenyataan, Guterres menyatakan solidariti PBB dengan ‘hibakusha’ – istilah Jepun untuk mangsa bom atom – dengan menyifatkan mereka sebagai ‘inspirasi’ untuk usaha global menghapuskan senjata nuklear, menurut agensi berita Kyodo.

    Beliau menekankan bahawa pengalaman mangsa pengeboman atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 1945 mengingatkan dunia bahawa ancaman senjata nuklear bukan hanya dari masa lalu.

    “Bahaya senjata nuklear kembali menjadi sebahagian daripada retorik harian dalam hubungan antarabangsa.

    “Satu-satunya cara untuk menghapuskan ancaman senjata nuklear adalah dengan penghapusan sepenuhnya,” kata Guterres.

    Pada Jumaat, Hadiah Nobel Keamanan 2024 dianugerahkan kepada Nihon Hidankyo, sebuah organisasi Jepun yang terdiri daripada mangsa bom atom Hiroshima dan Nagasaki, sebagai pengiktirafan atas usaha mereka mencapai dunia bebas senjata nuklear. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda