Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua PBB seru lindungi orang awam

    BAGHDAD, 30 Mac – Ketua PBB, Antonio Guterres menyeru hari ini bagi perlindungan orang awam agar dijadikan satu ‘keutamaan mutlak’ ketika beliau berkunjung ke Iraq, di mana ratusan ribu terperangkap dalam pertempuran di Mosul.

    Lebih 200,000 orang telah melarikan diri dari barat Mosul sejak operasi menyingkirkan kumpulan Islamic State (IS) bermula bulan lalu, dan para pegawai dan saksi berkata serangan udara itu telah meragut ramai jiwa orang awam yang masih berada di bandar tersebut.

    “Baru tiba di Iraq untuk menumpukan pada situasi kemanusiaan yang amat menyedihkan di lapangan. Perlindungan orang awam harus dijadikan keutamaan mutlak,” kata ketua PBB dalam akaun Twitter rasminya.

    Selepas ketibaannya di Baghdad, Guterres bertemu Presiden Fuad Masum, speaker parlimen Salim al-Jabouri dan Menteri Luar Negeri, Ibrahim al-Jaafari.

    Antonio Guterres (kiri) bertemu dengan Salim al-Jabouri di Baghdad, Iraq pada 30 Mac. – AP
    Antonio Guterres (kiri) bertemu dengan Salim al-Jabouri di Baghdad, Iraq pada 30 Mac. – AP

    Dia juga dijangka akan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Haider al-Abadi sebelum terbang ke Arbil, bandar rantau Kurdish Iraq.

    Lawatan Guterres muncul pada waktu kritikal bagi Iraq, yang bertempur untuk menawan semula Mosul dalam pertempuran yang mencetuskan kebimbangan kemanusiaan yang banyak.

    Jaafari menekankan isu pembinaan semula dalam rundingan bersama Guterres – satu cabaran besar dalam kawasan yang telah dimusnahkan teruk oleh pertempuran hebat untuk menawan kembali mereka dari IS.

    “Iraq memerlukan pelan serupa kepada Pelan Marsyal…untuk memberi bantuan kepada Iraq dan menyokong pembangunan dan mengatasi kesan perang ke atas geng pengganas IS,” kata Jaafari, menurut pejabatnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda