WASHINGTON, 22 SEPT – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, kelmarin berkata bahawa multilateralisme yang ‘lebih inklusif’ diperlukan untuk menangani cabaran semasa.
“Kita menyaksikan institusi multilateral kita semakin uzur, tidak mampu menangani cabaran masa kini, apatah lagi cabaran masa depan,” kata Guterres pada pembukaan Summit of the Future’s Action Days, lapor agensi Anadolu.
Beliau berkata dunia kini berdepan cabaran dan perpecahan akibat konflik dan ketidaksamaan, terancam oleh iklim serta teknologi yang tidak dikawal. – Bernama