Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua PBB terima Anugerah Carlos V

    MADRID, 10 MEI – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menerima Anugerah Carlos V daripada Raja Sepanyol, Raja Felipe VI, pada satu majlis di Biara Yuste di bandar Caceres di barat Sepanyol semalam.

    Anugerah itu diberikan kepada individu yang telah menyumbang kepada pemahaman dan penghayatan tentang budaya, nilai saintifik serta proses penyatuan masyarakat Eropah, lapor Xinhua.

    Dalam ucapannya, Guterres, menyeru kepada perdamaian sebagai ‘senjata diplomatik’ dan bukan dengan menggunakan peluru untuk membantu menamatkan konflik di seluruh dunia.

    “Dalam dunia sekarang, kita mesti memulihkan perpecahan, mencegah peningkatan kekacauan, mendengar rintihan. Apa yang kita perlukan ialah senjata diplomatik,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda