Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua Pegawai Eksekutif Intel bertemu Trump

    WASHINGTON, 11 OGOS – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Intel, Lip-Bu Tan dijadualkan bertemu Presiden Amerika Syarika,t Donald Trump di Rumah Putih pada hari ini, bagi membincangkan kerjasama antara syarikatnya dan kerajaan AS, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik laporan Wall Street Journal (WSJ) memetik sumber.

    Menurut WSJ, Tan dijangka mengadakan perbincangan terperinci dengan Trump dan beliau akan berkongsi pengalaman peribadi dan profesionalnya, selain mengemukakan cadangan pilihan kerjasama antara kerajaan AS dan Intel.

    CEO itu juga berharap dapat meraih sokongan Trump serta mengemukakan isu pemeliharaan kapasiti pengeluaran Intel sebagai perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara.

    Minggu lalu, Trump menggesa Tan meletak jawatan susulan syak wasangka mengenai konflik kepentingan.

    Gesaan itu dibuat beberapa hari selepas Senator Republikan, Tom Cotton mengutus surat kepada Tan menyuarakan kebimbangan terhadap pelaburannya dalam syarikat-syarikat China.

    Menurut media Barat, Tan mempunyai pelaburan peribadi dan pegangan saham dalam ratusan firma China, termasuk entiti yang berkaitan dengan sektor pertahanan negara itu.
    Dalam suratnya, Cotton turut mene-gaskan bahawa syarikat-syarikat Amerika yang menerima subsidi kerajaan mesti mematuhi piawaian keselamatan secara ketat dan melaporkannya kepada Kongres. – Bernama

    Logo Intel dipaparkan pada papan tanda di hadapan ibu pejabat Intel pada 16 Julai di Santa Clara, California. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda