Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

Ketua pegawai eksekutif Philips letak jawatan

-

THE HAGUE, 17 OGOS – Firma teknologi kesihatan Belanda, Philips, berkata ketua pegawai eksekutifnya, Frans van Houten akan meletak jawatan sebelum tamat tempoh selepas 12 tahun memegang pucuk pimpinan firma tersebut, di tengah-tengah penarikan semula secara besar-besaran alat pernafasan firma tersebut yang rosak.

Van Houten akan digantikan oleh Roy Jakobs, dibayangi isu penarikan kembali peralatan tidur pernafasan jenama Philips, yang meletakkan pengguna berisiko terhidu buih toksik.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh firma teknologi kesihatan itu, Jakobs akan mengambil alih jawatan ketua eksekutif firma pada 15 Oktober.

Jakobs kini bertanggungjawab menguruskan penarikan semula alat pernafasan yang kebanyakannya digunakan di rumah untuk pesakit yang mengalami masalah pernafasan tidur.

Philips berkata, kemajuan besar telah dicapai di bawah kepimpinan Jakobs dalam membantu pesakit yang terjejas.

Firma yang berpangkalan di Amsterdem itu memperuntukkan hampir 900 juta euro untuk menggantikan dan membaiki peranti. Isu kerosakan alat pernafasan tersebut menyumbang kepada kerugian pendapatan bersih Philips.

Saham Philips meningkat 0.14 peratus kepada 20.09 euro selepas pengumuman van Houten meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif. – AFP

Ketua Pegawai Eksekutif Philips, Frans van Houten dalam satu perjumpaan bersama pemegang saham pada Mei 2019. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -