Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    Ketua pembangkang Korea S disyaki terlibat pemindahan wang haram

    SEOUL, 18 SEPT – Pendakwa raya Korea Selatan telah memohon penahanan pemimpin pembangkang, Lee Jae-myung yang disyaki jabatan itu terlibat dalam salah guna kuasa dan pemindahan wang haram ke Korea Utara, lapor Sputnik.

    Menurut agensi berita Yonhap hari ini, pihak pendakwa raya percaya pemimpin pembangkang dari Parti Demokratik Korea itu memberi keutamaan kepada sebuah firma yang terbabit dalam projek pangsapuri di bandar Seongnam pada 2014-2015, di mana beliau berkhidmat sebagai datuk bandar pada masa itu.

    Oleh itu, Lee didakwa melakukan pecah amanah berjumlah 20 bilion won (AS$15.09 juta), lapor Yonhap.

    Pejabat Pendakwa Raya Daerah Pusat Seoul juga mendakwa ahli politik itu meminta pengeluar pakaian dalam, Ssangbangwool Group, dengan secara salah menghantar AS$8 bilion ke Pyongyang pada 2019-2020 untuk menganjurkan lawatannya ke Korea Utara dan mempromosikan projek ladang pintar antara pihak berkuasa negara itu dan wilayah Gyeonggi di Korea Selatan, di mana beliau berkhidmat sebagai gabenor dalam tempoh berkenaan, lapor agensi berita tersebut.

    Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan akan membuat keputusan terlebih dahulu mengenai kelulusan penahanan Lee, selepas itu akan diadakan pendengaran mahkamah mengenai waran penahanannya.

    Lee adalah pencabar utama Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dalam pilihan raya presiden 2022, yang mana beliau kalah kurang daripada 1 peratus. – Bernama

    Lee Jae-myung dan ahli parlimen membantah keputusan Jepun untuk melepaskan sisa air yang dicemari nuklear di Seoul, Korea Selatan pada 24 Ogos. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...