LOME, 29 NOV – Salah seorang tokoh pembangkang Togo ditahan kelmarin atas dakwaan ‘mengugat keselamatan negara’, kata seorang pendakwa raya kerajaan.
Negara Afrika Barat yang memiliki lapan juta penduduk itu dipimpin oleh Presiden Faure Gnassingbe, yang mengambil alih pada tahun 2005 selepas kematian ayahnya yang memerintah selama 38 tahun.
Penangkapan Brigitte Adjamagbo-Johnson di ibu kota Lome menyusuli siasatan yang mendedahkan penentangan “dokumen yang mengandungi rancangan untuk mengugat keselamatan negara,” kata pendakwa raya Essolissam Poyodi dalam ucapannya di televisyen. – AFP