Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua pembangkang Venezuela mohon perlindungan

    SANTIAGO, 5 Nov – Seorang ahli undangan pembangkang Venezuela semalam meminta perlindungan Chile selepas mahkamah tinggi Venezuela mengumumkan dia akan didakwa berhubung tuduhan yang boleh membawa kepada hukuman penjara selama sedekad.

    Freddy Guevara, pegawai nombor dua Dewan Perhimpunan Kebangsaan pihak pembangkang meminta perlindungan di kedutaan Chile di Caracas selepas pengumuman Mahkamah Tinggi yang didominasi oleh pro kerajaan Jumaat lalu.

    Kementerian luar Chile berkata dalam satu kenyataan bahawa Guevara, 31 tahun telah diterima di kediaman dutanya ‘sebagai tetamu’ dan dia ‘telah meminta perlindungan Chile’ berdasarkan ‘apa yang dianggapnya ancaman yang akan pasti ke atas keselamatan dan integriti peribadinya.”

    Pemimpin pembangkang terkenal itu menjadi warga keenam Venezuela yang meminta perlindungan di kedutaan itu dalam tempoh kurang tiga bulan, termasuklah empat orang hakim yang telah pun dilindungi Chile dan orang kelima yang masih berada di kediaman diplomatik sejak April.

    Freddy Guevara semasa berucap di sidang media di Caracas untuk meminta perlindungan dari kedutaan Chile. – AP

    Mahkamah tinggi Venezuela Jumaat lalu mengumumkan penggantungan imuniti Guevara untuk membolehkan dia dibicarakan bagi jenayah ‘hasutan terbuka bersekutu dan berterusan dan penggunaan anak remaja untuk melakukan jenayah’ tanpa menyatakan bila tarikh dakwaan itu.

    Dewan perhimpunan berperlembaga yang pro kerajaan yang memimpin Venezuela yang dicengkam krisis dengan kuasa mutlak – sementara itu menyiasat ahli undangan itu dalam kaitan bantahan besar-besaran ke atas Presiden Nicolas Maduro yang mengorbankan 125 orang antara April dan Julai.

    Sepanyol telah menolak langkah yang diambil ke atas Guevara, sementara kumpuan yang digelar kumpulan Lima yang terdiri dari 12 buah negeri Amerika – menyifatkannya sebagai serangan baru ke atas peraturan undang-undang dan perpecahan kuasa di Venezuela.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda