Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua Pengurusan Kecemasan Maui letak jawatan

    LOS ANGELES, 18 OGOS – Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Maui, Herman Andaya, meletak jawatan kelmarin atas sebab-sebab kesihatan, menurut laman Facebook rasmi Maui County.

    Datuk Bandar daerah itu, Richard Bissen menerima peletakan jawatan itu, lapor Xinhua.

    “Memandangkan betapa beratnya krisis yang kami hadapi, saya dan pasukan saya akan melantik seseorang menggantikan beliau secepat mungkin dan saya tidak sabar-sabar untuk membuat pengumuman itu tidak lama lagi,” kata Bissen.

    Angka kematian akibat kebakaran hutan Maui di Hawaii AS mencecah 111 pada kelmarin.

    Di Maui, tidak sukar untuk melihat satu daripada 80 menara siren hijau yang digunakan untuk memberi amaran kepada penduduk pada waktu-waktu berbahaya, dan ia diuji setiap bulan.

    Bagaimanapun, sistem siren kecemasan itu tidak mengeluarkan sebarang amaran semasa kejadian itu berlaku. – Bernama 

    Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Maui bercakap semasa sidang akhbar di Wailuku, Hawaii, pada 16 Ogos 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda