Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua peranti Amazon tinggalkan syarikat akhir tahun ini

    SEATTLE, 15 OGOS – Ketua Peranti Amazon, Dave Limp mengumumkan beliau akan meninggalkan syarikat pada akhir tahun ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Pengganti akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, menurut Ketua Amazon, Andy Jassy, kelmarin.

    Limp berkata bahawa selepas lebih 30 tahun dalam bidang kepenggunaan elektronik dan 13 setengah tahun di Amazon, beliau ingin melihat masa depan ‘melalui pandangan yang berbeza.’

    Di bawah pimpinannya, tablet, kotak penstriman, dan peranti Amazon yang paling terkenal iaitu pembesar suara Echo dengan Alexa telah diperkenalkan ke pasaran.

    Baru-baru ini, Limp meneruskan rancangan rangkaian satelit global bagi jaringan internet yang dipanggil Kuiper.

    Projek itu berpotensi bersaing dengan sistem Starlink milik jutawan teknologi, Elon Musk. Bagaimanapun, lebih daripada 3,000 satelit Kuiper masih belum dibina dan dilancarkan ke angkasa. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda