BRASILIA, 28 Feb – Menteri Keselamatan Awam Brazil, Raul Jungmann, kelmarin memecat Ketua Polis Persekutuan, Fernando Segovia, yang baru sahaja menyandang jawatan itu tiga bulan lepas, lapor agensi berita China Xinhua.
Pengganti Segovia ialah Rogerio Galloro, yang sebelum ini merupakan setiausaha keselamatan awam di Kementerian Keadilan.
Segovia telah mencetuskan kontroversi apabila terpaksa menjelaskan kepada Mahkamah Agung mengapa dia mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan bahawa polis persekutuan mungkin menghentikan siasatan berhubung skandal rasuah terhadap Presiden Brazil, Michel Temer.
Pada bulan Disember, bekas peguam negara Brazil, Rodrigo Janot, telah memaklumkan media bahawa Segovia dilantik oleh Temer ‘untuk menyelesaikan satu misi dan mengalih fokus siasatan’. – Bernama
