Thursday, March 20, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua polis Sri Lanka serah diri, ditahan reman

    COLOMBO, 19 MAC – Ketua polis Sri Lanka yang melarikan diri telah menyerah diri kepada pihak berkuasa dan ditahan reman hari ini, beberapa minggu selepas perintah penahanannya dikeluarkan atas kegagalan operasi serbuan yang membunuh seorang pegawainya.

    Seorang majistret di bandar selatan Matara mengarahkan Ketua Polis Negara, Deshabandu Tennakoon ditahan reman sehingga esok, apabila permohonan ikat jaminnya akan dipertimbangkan.

    Tennakoon dituduh mengarahkan serbuan terhadap sindiket dadah yang berakhir dalam kegagalan pada 2023, dianggap bertentangan dengan peraturan, yang mengakibatkan pertempuran senjata antara unit polis.

    Dia menyerah diri selepas polis menyerbu rumah persendiriannya Selasa lalu, dan merampas lebih 1,000 botol minuman keras, pistol semasa perkhidmatannya dan dua telefon bimbit.

    Mahkamah Rayuan Isnin lalu menolak petisyen Tennakoon untuk membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya berhubung kematian seorang pegawai semasa serbuan terhadap sindiket dadah di bandar peranginan pantai selatan Weligama.

    Seorang lagi pegawai cedera parah dalam kejadian itu, dan tiada dadah ditemui. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda