WASHINGTON, 29 JULAI – Ketua risikan Amerika Syarikat (AS) Dan Coats akan meletak jawatan pada bulan depan, umum Donald Trump semalam, selepas satu tempoh di mana beliau sering berselisih dengan presiden.
Peletakan jawatan Coats, yang telah berusaha mengelak pertelingkahan dengan Trump ketika memegang jawatan sebagai Pengarah Risikan Negara, adalah peletakan jawatan terbaharu dalam pentadbiran presiden.
Trump menulis di Twitter berkata Coats akan meletak jawatan pada 15 Ogos, berkata beliau merancang melantik Wakil John Ratcliffe dari Texas, yang berkhidmat dalam jawatankuasa risikan, kehakiman dan keselamatan dalam negara, untuk mengganti Coats.
“Seorang bekas Peguam AS, John akan mengetuai dan memberikan inspirasi kepada Negara yang dicintainya,” tulis Trump, juga mengucapkan terima kasih kepada Coats “atas khidmatnya kepada Negara kami.”
Jika pencalonan Ratcliffe diluluskan, Trump akan menerima seorang ketua risikan yang mempunyai haluan sama dengan pandangan beliau.
Dalam Kongres, beliau telah menjadi penyokong kuat Trump dan mengkritik dua pencabar presiden, bekas ketua FBI James Comey dan peguam khas Robert Mueller. – AFP
