Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua saintis AI Meta akan mulakan syarikat pemula

    NEW YORK, 20 NOV – Ketua penyelidik kecerdasan buatan (AI) Meta, Yann LeCun, kelmarin sahkan bahawa beliau akan tinggalkan syarikat gergasi teknologi itu untuk menumpukan perhatian kepada syarikat pemula fokus pada kecerdasan mesin.

    “Seperti yang diperkatakan ramai dalam khabar angin atau media baru-baru ini, saya merancang untuk meninggalkan Meta selepas 12 tahun,” kata LeCun dalam satu catatan di halaman Facebooknya.

    “Saya sedang mewujudkan sebuah syarikat pemula untuk teruskan program penyelidikan Kecerdasan Mesin Lanjutan (AMI) yang telah saya ikuti sejak beberapa tahun lalu bersama rakan sekerja.”

    Jurutera Perancis berusia 65 tahun itu berkata matlamat syarikat tersebut adalah untuk membawa, “revolusi besar seterusnya dalam AI” dengan sistem yang memahami dunia fizikal dan boleh membuat penaakulan serta merancang tindakan.

    Penemuan dalam bidang itu membuka jalan untuk mesin berkuasa AI yang lebih berkemampuan, seperti robot yang menyesuaikan diri dengan situasi yang tidak diprogramkan.

    Meta akan menjadi rakan kongsi syarikat baharu itu, menurut LeCun.

    LeCun menghabiskan selama 12 tahun memimpin makmal Penyelidikan AI Facebook (FAIR) di Meta, di mana ketua eksekutifnya, Mark Zuckerberg mengutamakan ‘superintelligence’. –  AFP

    Yann LeCun, tokoh terkemuka dalam kecerdasan buatan (AI) dan ketua penyelidikan AI di Meta, umumkan bahawa dia akan meninggalkan Meta. – Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda