Ketua sindiket phone scam ditahan di Filipina

SEOUL, 6 OKT – Ketua satu daripada sindiket penipuan panggilan telefon (phone scam) terbesar yang menyasarkan rakyat Korea Selatan ditahan polis Filipina hari ini, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut Polis Korea Selatan, lelaki berusia 50 tahun itu hanya dikenali sebagai ‘Park’, ditahan pada Isnin kerana didakwa terbabit kes penipuan bernilai jutaan dolar.

Park, bekas pegawai polis, dituduh melakukan sindiket penipuan di Filipina sejak 2012, empat tahun selepas dipecat kerana didakwa menerima rasuah.

Kumpulan yang diketuai Park itu dianggap satu daripada sindiket paling lama menjalankan jenayah penipuan dengan cara memancing data melalui panggilan telefon. – Bernama