BERLIN, 2 JUN – Ketua rakan junior gabungan Canselor Angela Merkel, SPD berkata hari ini beliau akan meletak jawatan daripada jawatan ketua parti, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa kerajaan Jerman mungkin runtuh.
Andreas Nahles berkata dalam satu kenyataan: “Perbincangan dalam kumpulan parlimen dan maklum balas daripada parti menunjukkan kepada saya bahawa sokongan yang diperlukan untuk pelaksanaan kempen parti saya sudah tidak wujud lagi.”
Gabungan di antara parti CDU pimpinan Merkel dan SPD adalah lemah sejak dari awal lagi.
SPD, yang menerima tamparan akibat kekalahan pada 2017, pada mulanya dipercayai menyertai pembangkang.
Namun ia dipujuk supaya memperbaharui semula perkongsian dengan Merkel, walaupun ramai dalam parti masih berasa was-was untuk meneruskan pentadbiran.
Sejak iu, pemeringkatannya telah merosot, dengan tinjauan terbaharu menunjukkan sokongan sebanyak 12 peratus, sementara sokongan untuk parti pembangkang Hijau telah meningkat.
Pada Ahad lalu, ia juga menerima tamparan dalam pilihan raya Eropah, dengan pengundi Jerman memberikan keputusan paling teruknya dalam sejarah. – AFP