Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Ketua stesen’ kucing di Jepun bersara

    KAWANISHI, 14 OKT – Seekor kucing jantan baka campuran bernama Chocolat yang terkenal sebagai ‘ketua stesen’ di Stesen JR Uzen-Komatsu, Kawanishi, Prefektur Yamagata, diraikan dalam satu majlis persaraan penuh emosi pada 14 September lalu, disertai peminat dari dalam dan luar wilayah yang hadir bagi mengucapkan selamat tinggal.

    Chocolat mula ditemui di kawasan tempat letak kereta stesen berkenaan pada Mei 2019 sebelum diselamatkan oleh sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NGO) yang menguruskan stesen tersebut. Pada Oktober tahun yang sama, kucing berkenaan ‘dilantik’ sebagai ketua stesen dan menjadi tarikan pengunjung kerana kecomelannya yang menceriakan suasana stesen.

    Namun, selepas lebih empat tahun berkhidmat, Chocolat bersara pada hujung Julai lalu atas faktor usia. Dalam majlis itu, Pengerusi pertubuhan tersebut, menyampaikan surat penghargaan serta hadiah kenangan berupa makanan kucing kepada Chocolat. – ANN/The Yomiuri Shimbun

    Ketua stesen kucing Chocolat menerima surat penghargaan di Kawanishi, Wilayah Yamagata pada 14 September lalu. – ANN/The Yomiuri Shimbun
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda