Ketua tentera laut AS tidak mahu ketegangan China ‘meluap’

SINGAPURA, 15 Mei – Ketua tentera laut Amerika Syarikat (AS) berkata hari ini dia tidak mahu ketegangan maritim bersama China ‘meluap-luap’, seminggu selepas cabaran terbaharu Washington atas tuntutan wilayah Beijing di perairan bertikai itu.

Beijing berkata minggu lalu dua kapal perang Amerika berlayar berhampiran pulau dipertikaikan di Laut China Selatan tanpa kebenaran, mencetuskan tentera laut China untuk meminta mereka pergi.

Kapal-kapal itu memasuki perairan bersebelahan Gaven dan terumbu Chigua di Pulau Spratly, yang Beijing panggil Nansha, pada 6 Mei, kata kementerian luar negeri China.

Bercakap pada sidang keselamatan maritim di Singapura, Laksamana John Richardson berkata Washington akan meneruskan operasi itu yang bertujuan untuk memastikan kebebasan navigasi.

Bagaimana AS akan memastikan komunikasi bersama Beijing kekal terbuka untuk mencegah sebarang insiden yang tidak diduga.

“Saya sangat menghargai rangkaian komunikasi yang saya ada bersama Shen Jinlong,” ujarnya kepada para wartawan, merujuk kepada rakan sejawatannya dari China.

“Baru-baru ini, kami mengunjungi China, kami berpeluang untuk mengenali dan lebih memahami antara satu sama lain.

“Kami boleh terus menyokong yang mana kita mungkin tidak sependapat dalam semua perkara di dunia, tapi kita boleh berusaha untuk mengatasi perbezaan itu dalam cara yang tidak memburukkan lagi konflik itu.”

Tentera Laut AS sering menjalankan operasi navigasi bebas untuk mencabar tuntutan meluas Beijing di laut itu, tindakan yang sering membuat China berang.

Selepas pelayaran minggu lalu, jurucakap kementerian luar negeri berkata ‘pihak China menyampaikan rasa amat tidak puas hati dan dengan tegas membantah’ tindakan AS. – AFP