Wednesday, October 16, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketua tentera Quds hadiri upacara pengebumian

    TEHRAN, 15 OKT – Ketua tentera Iran, Esmail Qaani, hari ini muncul di khalayak ramai selepas berminggu-minggu menghilangkan diri untuk menghadiri upacara pengebumian jeneral Abbas Nilforoushan, yang terbunuh bulan lalu di Lubnan.

    Nilforoushan, seorang jeneral dalam Pengawal Revolusi Iran, terbunuh dalam serangan Israel di Beirut bersama ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah.

    Perarakan pengebumian jeneral Iran yang terbunuh itu bermula di Dataran Imam Hossein di tengah Tehran hari ini, menurut siaran langsung di televisyen negara tersebut. Qaani yang mengetuai Tentera Quds, cabang operasi asing Pengawal Revolusi Iran telah hilang dari pandangan umum dan dikhabarkan dalam beberapa media, beliau telah menjadi sasaran dalam serangan Israel ke atas Lubnan.

    Bagaimanapun, beliau telah muncul hari ini di pengebumian itu, dengan berpakaian seragam tentera hijau Pengawal.

    Beribu-ribu orang telah menghadiri perarakan pengebumian di Dataran Imam Hossein, kebanyakan mereka membawa sepanduk Hizbullah kuning dan bendera Iran dan Palestin. – AFP

    Esmail Qaani semasa menghadiri upacara pengebumian Nilforoushan di Tehran pada 15 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda