SEOUL, 3 JAN – Pendakwa raya hari ini mendakwa komander tertinggi Tentera Darat dan ketua unit perang khasnya berhubung peranan mereka dalam penguatkuasaan undang-undang tentera yang singkat bulan lalu, lapor agensi berita Yonhap.
Ketua Turus Tentera Darat, Jeneral Park An-su, yang bertugas sebagai komander undang-undang tentera dan Leftenan Jeneral Kwak Jong-keun, Ketua Komando Peperangan Khas Tentera Darat, didakwa di bawah tahanan atas tuduhan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa, menurut pihak pendakwaan.
Park mengeluarkan dekri undang-undang tentera atas namanya pada 3 Disember, yang dipercayai penyiasat mengandungi elemen tidak berperlembagaan, termasuk larangan terhadap semua aktiviti politik. – Bernama