Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Ketua WTO: Perdagangan bebas global kini dibelenggu ‘krisis’

    TOKYO, 13 MEI – Perdagangan bebas global kini dibelenggu krisis, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala hari ini semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba.

    Ngozi memberitahu Ishiba beliau mempunyai harapan tinggi terhadap Jepun sebagai pendukung pasaran terbuka, ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menjejas perdagangan dunia dengan tarif yang kerap berubah serta dasar-dasar lain.

    “Perdagangan kini sedang menghadapi cabaran besar dan keadaannya agak sukar,” katanya.

    Tambahnya, “Namun, kita harus cuba melihat krisis ini sebagai peluang untuk menyelesaikan cabaran yang ada dan memanfaatkan trend baharu dalam perdagangan.”

    Menurut Kementerian Luar Jepun, Ngozi turut berkata Jepun sebagai ‘pendukung sistem perdagangan pelbagai hala’ perlu membantu mengekalkan, memperkukuh dan membaik pulih WTO.

    Pertemuan mereka diadakan sehari selepas Amerika Syarikat dan China mengumumkan persetujuan untuk menurunkan tarif yang tinggi selama 90 hari bagi memberi ruang kepada rundingan.

    Jepun merupakan antara negara yang masih belum mencapai persetujuan dengan pentadbiran Trump berhubung kenaikan tarif AS, termasuk ke atas kereta, keluli dan aluminium. – AP

    Ngozi Okonjo-Iweala (kiri) dan Shigeru Ishiba bertemu di Tokyo pada 13 Mei. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Berita Berkaitan

    Takaichi adakan pertemuan pertama dengan Presiden Korea S

    GYEONGJU, 30 OKT – Presiden Korea Selatan, Lee Jae...

    WHO beri amaran peningkatan mendadak kes HIV di Filipina, Fiji &...

    MANILA, 24 OKT - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di...

    Penuaan sihat pacu industri nutraseutikal global

    BANGKOK – Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat...

    Belanda catat kes pertama varian baharu mpox

    ISTANBUL, 22 OKT - Institut kesihatan Belanda mengesahkan kes...

    Terkini

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...