Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ketumpulan Atletico berterusan

    MADRID, 1 Nov – Atletico Madrid kini merenung nasib mereka yang diambang penyingkiran lebih awal Liga Juara-Juara selepas seri 1-1 di gelanggang sendiri menentang juara Azerbaijan yang beraksi dengan 10 pemain, Qarabag awal pagi tadi.

    Finalis 2014 dan 2016 sekarang perlu untuk menewaskan Roma dan Chelsea dalam dua perlawanan terakhir mereka bagi Kumpulan C dan berharap keputusan lain akan memihak mereka selepas hanya meraih tiga mata dari empat perlawanan pembukaan mereka.

    “Kami akan cuba untuk menewaskan Roma dan takdir akan menentukan jika kami layak untuk meneruskan atau disingkirkan,” kata bos Atletico, Diego Simeone.

    Sekali lagi pasukan kendalian Simeone terpaksa menerima padah atas ketumpulan mereka di depan gawang selepas Michael memastikan pasukan pelawat mendahului lima minit sebelum separuh masa pertama tamat.

    Rembatan kencang dari Thomas Partey dari luar kotak penalti menyamakan kedudukan 11 minit memasuki separuh masa kedua dan Qarabag terpaksa bertahan selama setengah jam setelah kekurangan seorang pemain selepas Pedro Henrique dilayangkan kad merah.

    Reaksi kecewa penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann selepas gagal memanfaatkan sepakan percuma menentang Qarabag. – AP

    Tetapi pertahanan hambar Diego Godin, Filipe Luis dan Nicolas Gaitan menyebabkan Atletico mengalami kekecewaan yang tidak terhingga.

    “Matlamat kami adalah untuk tidak bolos dan menjaringkan beberapa gol dengan peluang yang kami ada. Namun ia terjadi sebaliknya,” kata kapten Atletico, Gabi.

    Pasukan dari Sepanyol sekarang hanya menang sekali dalam lapan perlawanan lalu mereka ketika kemunculan mereka musim ini di Wanda Metropolitan berada dalam bencana.

    Masalah utama Atletico sejak beberapa bulan menjaringkan gol dan kekurangan ketajaman terbukti apabila mereka mencatatkan percubaan ke gawang dari mana –mana pasukan dalam Liga Juara-Juara musim ini (32) hanya mendapat ganjaran satu gol. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda