KAUM wanita Vietnam cukup sinonim dengan Ao Dai yang menjadi pakaian tradisi bagi melambangkan keunikan budaya mereka yang tersendiri.
Namun keistimewaan sesebuah budaya itu juga dapat diukur daripada variasi hidangan makanan yang mereka sajikan.
Justeru, bagi mereka yang berhasrat untuk menikmati keistimewaan makanan Vietnam, berikut adalah beberapa resipi mudah yang boleh dicuba sendiri di rumah.
Ngheu Xan Tai Nha
Bahan-bahan:
1 paket kulit popia Vietnam
100 gram hirisan isi dada ayam yang direbus dan ditos
200 gram isi udang yang dibuang kepala dan kulit, dicelur terlebih dahulu.
100 gram bihun yang dicelur.
Daun salad secukupnya yang dipotong kecil.
Daun ketumbar secukupnya dihiris.
Daun selasih secukupnya.
Daun pudina secukupnya.
Tauge secukupnya.
Garam secukupnya.
Air secukupnya.
Bahan sos:
5 biji cili padi merah dan hijau yang dihiris halus
2 ulas bawang putih yang dicincang halus
1 sudu makan gula
3 sudu makan jus lemon
2 sudu makan sos ikan
3 sudu makan air panas
Cara membuat:
Sediakan kesemua isian di dalam sebuah bekas. Rendam kulit popia ke dalam air panas seketika, angkat dan toskan airnya. Kemudian letakkan kulit popia yang telah direndam di atas pinggan leper. Segera isikan kesemua isiannya mengikut kreativiti anda. Kemudian lipatkan kiri dan kanan kulit popia. Seterusnya gulung hingga ke hujung seperti membuat popia biasa. Ulangi langkah hingga selesai. Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan sos dan kacau rata. Hidangkan bersama popia yang telah siap tadi.
Ngheu Xan Tai Nha
Bahan-bahan:
1kg kepah yang dicuci bersih dan toskan
5 ulas bawang putih yang dititikkan
4 cm halia muda yang dihiris memanjang
8 biji cili padi yang dihiris
3 pokok daun bawang yang dihiris memanjang
Garam, gula dan perasa secukupnya.
Minyak masak secukupnya.
Cara membuat:
Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan hirisan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan kepah, kacau dan tambahkan hirisan cili padi. Kacau lagi dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Akhir sekali, masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata. Kepah sedia untuk dihidangkan.
Mi Daging Vietnam
Bahan-bahan:
500 gram Banh Phol bihun Vietnam
500 gram daging batang pinang
500 gram tulang lembu
3cm halia muda yang dihiris
1 biji bawang besar yang dihiris
4 ulas bawang putih yang dihiris
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan sos ikan
Sedikit jus lemon atau limau nipis
Garam, gula dan perasa secukupnya.
Minyak masak secukupnya.
Air secukupnya.
Bahan rempah ratus:
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
Bahan lain:
Daun sup secukupnya
Tauge secukupnya
Bawang goreng
Sambal kicap dan hirisan cili
Cara membuat:
Untuk membuat kuah, rebus tulang dan daging lebih kurang 15 minit, asingkan daging dan isi tulang. Tapis air rebusan tulang, ketepikan. Setelah daging sejuk, hiris nipis dan ketepikan. Dalam periuk berasingan, panaskan minyak dan tumis rempah ratus bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga terbit wangi. Kemudian masukkan air rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada sulah. Kacau sekata. Setelah mendidih, masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis atau lemon, garam, gula dan perasa secukupnya. Setelah secukup rasa, tutup api dan ketepikan. Sementara itu, panaskan air dalam periuk, celur mi Vietnam hingga lembut. Angkat dan toskan. Masukkan mi ke dalam mangkuk, tuangkan kuah, kemudian hias di atasnya dengan tauge, daun sup dan bawang goreng jika suka. Enak dihidangkan bersama sambal kicap atau cili potong.